Mee Udang Ketam Sempoi Diraja Ipoh

Tempatnya bernama Mee Udang Ketam Sempoi Diraja. Nak post macam diraja tak boleh jadi post serupa sempoi sudah lah. Saya dibawa ke sini oleh Sr. Johar Bahar Abdullah, bos KAS Jurukur Bahan yang telah bermurah hati membelanja kami-kami.

Lupa nak ambik gambar signboard kedai

Menurut Sr. Johar, Kedai Mee Udang Ketam Sempoi Diraja ini adalah sangat tersohor di bandar Ipoh. Perjalanan dari pejabat Sr. Johar mengambil masa selama setengah jam lebih kurang untuk sampai ke sini.

Yang tengah-tengah tu tukang bawak dan tukang belanja.

Sebenarnya patut datang lagi sekali untuk betul-betul rasa menu-menu lain yang nampak macam best. Nama-nama menu pun pelik-pelik belaka. Saya memilih air Ombak Rindu (gambar tak ada huhuhu...) dan sudah tentunya Mee Udang Ketam. Memang padanlah femes sebab memang kelassss rasa dia.


Mee Udang Ketam

Saya merancang untuk datang kembali ke restoran ni untuk buat review yang senonoh sedikit berbanding yang ini. Rugi kalau tak datang lagi kerana menunya memang dasat-dasat namanya dan berdasarkan pengamatan daripada blog-blog lain, memang berbaloi kembali. 

Kalau lalu-lalu di bandar Ipoh boleh singgah makan di sini. Alamat kedai ini adalah seperti berikut:

Mee Udang dan Ketam Sempoiii
No. 51, Lorong Sg. Choh 10,
Tanjung Rambutan,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

laman web: meeudangketamsempoidiraja.blogspot.com

Restoran Mohd Adam Ali

Shoplot asal 
Orang Puchong belum tentu lagi sampai ke sini. Saya sendiri dah lupa bagaimana saya sekeluarga boleh tersesat di sini tapi kira oklah sebab sesat membawa berkat. Restoran Mohd Adam Ali ini adalah gabungan nama tiga orang sahabat yang membuka restoran makanan cina muslim ini.

Tandatangan Ikram Dinzly di bawah nama restoran errrr... kalau nampak la.

Macam tak berapa terang pulak gambar atas ni. Kedai ni dah pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan waktu Ikram Dinzly jadi pengacara rancangan tersebut. Di dinding kedai boleh nampaklah signature Ikran Dinzly besar gedabak tapi dah makin pudar di makan masa.

Orang rumah cukup suka Teh 3 Layer ni
Makanan di kedai ini agak ok, kira bolehlah kalau nak dibandingkan dengan restoran cina muslim yang lain yang sudah establish. Yang buat menarik, harganya tidak terlalu mahal kalau pun bukanlah murah juga. Boleh kata harga mampu milik untuk yang berpendapatan pertengahan.

Sup mixed vegie
Tak habis cerita lagi pasal sesat. Ketika sesat dan terjumpa kedai ini, ketika itu kedai ni cuma 1 lot tapi dek kerana bisnes kedai ni sangat baik sekarang ni sudah bertambah kepada dua lot. Kedai makan sebelah yang hidup segan mati pun segan tu akhirnya diambil alih oleh Restoran Mohd Adam Ali ni. Pecah partywall tengah terus besarkan kedai. Bagus juga sebab kedai ni sesak terutama pada waktu malam. Lepas ditambah satu lot lagi, bolehlah bernafas dengan aman sikit. Jenuh juga nak menampor pelayan sebab asyik terlanggar aje (ok, yang akhir tu saya tambah hahaha).

Sup Mixed Vegie
Dekat sini jangan cari Sharkfin Soup, memang tak ada. Kenapa tak ada? Saya pun tak pernah tanya. Tapi hidangan yang lain tu seperti saya katakan sebelum ini memang tak kalah dari segi persembahan dan rasa. Cuma adalah satu ketika, sotong goreng telur masin tu keras macam getah pemadam. Entah salah masak gamaknya.


Bercakap tentang sotong goreng telur masin, sotong goreng telur masin ni hidangan wajib kalau saya ke sini. Didatangkan dalam dua saiz hidangan iaitu kecil dan besar. Beza harga dalam 4 ke 5 ringgit sahaja. Tapi sayugia saya menasihatkan agar ambil saja hidangan yang besar saya cadangkan kerana tambah beberapa ringgit saja tapi dapat banyak. Makanlah sampai lebam. Hehehehe berbaloi-baloi..




Fried Assam Fish ni kami baru-baru saja cuba. Rasanya sedap, bolehlah jadi alternatif pada siakap stim atau masak tiga rasa yang kedai makanan melayu selalu jual. Dari segi persembahan memang bombastik la sebab siap ada api-api kuah menggelegak ala kedai tomyam siam pulak. Ishhh... Macam melebih-lebih pulak special efek penceritaan tu.

Nasi Putih Kam Heong Chicken
Yang saya suka makan, orang lain dalam keluarga tak berapa suka makan. Peberet saya kalau ke sini adalah Kam Heong chicken. Sambal pedas-pedas macam ni memang suka bebenor la. Yang bagusnya kalau tak nak order banyak kam heong ni, kita boleh order sekali dengan nasi. Dalam menu dipanggil nasi putih kam heong chicken (Bapak Panjang nama).





Kalau ada yang nak cuba rasa, alamat Restoran Adam Ali adalah di 74G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, Puchong, Selangor, Malaysia. Kalau sesat boleh telefon +603 80612955. Restoran ini beroperasi bermula 11.30 pagi hingga 10.30malam setiap hari Isnin hingga Sabtu. Restoran ini tutup pada hari Ahad.

Lain-lain maklumat restoran boleh didapati dari http://restoranmohdadamali.wordpress.com/.