Lala Seafood Kampung Baru
Kami agak buntu sebenarnya nak makan di mana sabtu malam ahad yang lepas. Niat di hati nak mencuba makanan di restoran terletak di Jeram tapi apakan daya, jauh bebenor la pulak.
Setelah berlegar-legar di laman maya sambil bergugel-gugelan maka kami berjumpa sebuah restoran yang mendapat rekemen yang tinggi di laman-laman makan. Cuba gugel 'restoran seafood KL' dan lihat komen mereka yang pernah ke Restoran Seafood Lala, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
![]() |
| Kalau tak sebab signboard, ingatkan rumah sapa |
Memang saya teruja ketika pertama kali terlihat restoran ini. Nampak unik dengan berlatarkan rumah kayu melayu di tengah hutan batu Kuala Lumpur. Ingatkan rumah Ketua Kampung mana la agaknya.
![]() |
| Entrance |
Bagi yang membawa kereta, MPV, lori dan sewaktu dengannya, parking lot disediakan tetapi terhad. Walau demikian mungkin kerna kami ini terdiri dari mereka yang beriman gamaknya, setibanya kami di restoran terdapat satu lagi petak parking yang masih tertinggal dan sebuah meja yang ngam dengan bilangan keluarga kami yang belum ditempah. Mereka-mereka yang tiba selepas kami memang pulang dengan kecewa kerana meja sudah pun penuh. Mungkin kurang beriman agaknya mereka.
![]() |
| Aksi menyerang oleh Zombi Kg Pisang |
Di sini, pesanan akan diambil dari meja oleh pelayan. Dari bahasa yang diguna nampaknya orang di restoran tersebut datang dari Siam. Menu juga disediakan dengan nama-nama thai.
Seandainya suka dengan pembuka selera dan pencuci mulut ala Thai, terus sahaja ke bahagian makan di luar untuk memesan pada akak yang menjaga pencuci mulut di luar. Errr... Jangan main redah bukak bekas macam Puan Lily dalam gambar. Sajian akan disediakan oleh kakak yang menanti di situ.
Mari lihat apa yang sempat disnap sebelum dikendurikan oleh kami. Kualiti gambar ampun maap la kerna DSLRnya tertinggal di rumah.
![]() |
| Air kaler-kaler mesti kena ada |
![]() |
| Nasi Putih dan Sayur Kailan (RM18) |
Nasi dihidangkan berdasarkan bilangan kepala. Oleh itu, pastikan kepala anda tidak tertinggal di rumah ketika berkunjung.
![]() |
| Ketam Bercili (RM34) |
Saya sebenarnya tidak layak untuk mengomen ketam bercili ini kerna sebelum sempat saya merasa ketam ini, beliau telah dipiranha oleh orang-orang hujung meja sebelah sana. Sempat gigit kaki saja tapi sambalnya pedas-pedas manis gitu. Sedap sangat gamaknya jadi yang ini cepat selesai.
![]() |
| Kerabu Sotong (RM15) |
Kerabu Sotong ini juga senasib dengan ketam bercili di mana saya cuma sempat rasa kaki sotong (Ya! kaki!) yang berkemungkinan ditinggalkan kerana mereka-mereka sudah kenyang. Tapi berdasarkan waktu mereka menghabiskan kerabu sotong ini, memang terbuktilah kerabu sotong ini sedap.
![]() |
| Siakap 3 Rasa (RM48) |
Ini sahaja sebenarnya yang benar-benar saya layak komen kerna inilah lauk yang paling dekat dengan saya dan saya jua yang menghabiskannya. Rasa masam-masam manis bagi masakan ini berjaya diadakan. Malahan, tekstur ikan juga cukup lembut (Chewah! macam masterchef dah). Tapi saya kurang pasti samada masakan siam memang tak ada topping (apa nama melayu?) sebagaimana kedai-kedai yang biasa saya pergi yang kaya dengan nenas.
![]() |
| Sambal Belacan Standard (takde siapa makan) |
![]() |
| Pok Tek (RM30) |
Pok Tek ini sebenarnya agak mengecewakan. Rasanya terlalu pedas dan agak menenggelamkan rasa-rasa lain. Orang lain yang tidak berapa tahan pedas memang menjauhkan diri dari Pok Tek ini (more for me hahaha). Seperti yang boleh dilihat juga, isi Pok Tek ni alahai sikitnya.
![]() |
| Sebelum makan kena happy |
Bagi yang belum berkunjung, apa yang saya tulis selepas ini adalah penting. Jika ada penyebab kami kembali ke restoran ini, ia disebabkan oleh pencuci mulut yang sangat enak terutama pulut mangga. Mula-mula cuma ambil satu saja tapi selepas rasa habis 4 piring ditambah.
Saya kurang pasti mangga apa yang diletak. Mungkin mangga siam gamaknya tapi rasanya memang kaw bila dicampur dengan santan (santan kot) dan pulut yang dimasak sempurna. Saya ada berura-ura untuk datang ke sini kembali semata-mata untuk mencuba kembali pulut mangga di samping lain-lain pencuci mulut yang disediakan. Errr... save bajet lagipun. Hahaha...
![]() |
| Sejumlah lain-lain pencuci mulut yang ada |
![]() |
| Pulut Mangga (rekemended) (RM6) |
![]() |
| Lupa dah nama dia apa |
Ok! dari segi kebersihan saya memang akan berikan AAA kepada restoran ini sebab memang sekelumit sampah pun saya tak jumpa dan hiasan kedainya memang dititikberatkan. Mungkin kerana nak menjaga nilai eksklusif. Tapi kalau ada minus pun, atap bocor pulak masa saya datang dan terpaksa ditadah dengan baldi. Aisehhh...
Layanan juga amat memuaskan dan yang penting masa untuk menunggu sangat munasabah. Tak adalah air dah habis baru makanan nak sampai.
Untuk 9 orang makan kesemuanya berjumlah RM200++ bagi hidangan yang anda boleh nampak di atas. Untuk saya, memadai dengan suasana restoran, keenakan dan servis yang diberikan.
Jika mahu mencuba sendiri, Restoran Seafood Lala ini boleh dikunjungi di alamat berikut:
154, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru, 50300
Kuala Lumpur,


















