Lala Seafood Kampung Baru

Kami agak buntu sebenarnya nak makan di mana sabtu malam ahad yang lepas. Niat di hati nak mencuba makanan di restoran terletak di Jeram tapi apakan daya, jauh bebenor la pulak.

Setelah berlegar-legar di laman maya sambil bergugel-gugelan maka kami berjumpa sebuah restoran yang mendapat rekemen yang tinggi di laman-laman makan. Cuba gugel 'restoran seafood KL' dan lihat komen mereka yang pernah ke Restoran Seafood Lala, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kalau tak sebab signboard, ingatkan rumah sapa

Memang saya teruja ketika pertama kali terlihat restoran ini. Nampak unik dengan berlatarkan rumah kayu melayu di tengah hutan batu Kuala Lumpur. Ingatkan rumah Ketua Kampung mana la agaknya.

Entrance

Bagi yang membawa kereta, MPV, lori dan sewaktu dengannya, parking lot disediakan tetapi terhad. Walau demikian mungkin kerna kami ini terdiri dari mereka yang beriman gamaknya, setibanya kami di restoran terdapat satu lagi petak parking yang masih tertinggal dan sebuah meja yang ngam dengan bilangan keluarga kami yang belum ditempah. Mereka-mereka yang tiba selepas kami memang pulang dengan kecewa kerana meja sudah pun penuh. Mungkin kurang beriman agaknya mereka.

Aksi menyerang oleh Zombi Kg Pisang


Di sini, pesanan akan diambil dari meja oleh pelayan. Dari bahasa yang diguna nampaknya orang di restoran tersebut datang dari Siam. Menu juga disediakan dengan nama-nama thai.

Seandainya suka dengan pembuka selera dan pencuci mulut ala Thai, terus sahaja ke bahagian makan di luar untuk memesan pada akak yang menjaga pencuci mulut di luar. Errr... Jangan main redah bukak bekas macam Puan Lily dalam gambar. Sajian akan disediakan oleh kakak yang menanti di situ.

Mari lihat apa yang sempat disnap sebelum dikendurikan oleh kami. Kualiti gambar ampun maap la kerna DSLRnya tertinggal di rumah.

Air kaler-kaler mesti kena ada

Nasi Putih dan Sayur Kailan (RM18)

Nasi dihidangkan berdasarkan bilangan kepala. Oleh itu, pastikan kepala anda tidak tertinggal di rumah ketika berkunjung.

Ketam Bercili (RM34)


Saya sebenarnya tidak layak untuk mengomen ketam bercili ini kerna sebelum sempat saya merasa ketam ini, beliau telah dipiranha oleh orang-orang hujung meja sebelah sana. Sempat gigit kaki saja tapi sambalnya pedas-pedas manis gitu. Sedap sangat gamaknya jadi yang ini cepat selesai.

Kerabu Sotong (RM15)

Kerabu Sotong ini juga senasib dengan ketam bercili di mana saya cuma sempat rasa kaki sotong (Ya! kaki!) yang berkemungkinan ditinggalkan kerana mereka-mereka sudah kenyang. Tapi berdasarkan waktu mereka menghabiskan kerabu sotong ini, memang terbuktilah kerabu sotong ini sedap.

Siakap 3 Rasa (RM48)

Ini sahaja sebenarnya yang benar-benar saya layak komen kerna inilah lauk yang paling dekat dengan saya dan saya jua yang menghabiskannya. Rasa masam-masam manis bagi masakan ini berjaya diadakan. Malahan, tekstur ikan juga cukup lembut (Chewah! macam masterchef dah). Tapi saya kurang pasti samada masakan siam memang tak ada topping (apa nama melayu?) sebagaimana kedai-kedai yang biasa saya pergi yang kaya dengan nenas.

Sambal Belacan Standard (takde siapa makan)




Pok Tek (RM30)


Pok Tek ini sebenarnya agak mengecewakan. Rasanya terlalu pedas dan agak menenggelamkan rasa-rasa lain. Orang lain yang tidak berapa tahan pedas memang menjauhkan diri dari Pok Tek ini (more for me hahaha). Seperti yang boleh dilihat juga, isi Pok Tek ni alahai sikitnya. 


Sebelum makan kena happy



Bagi yang belum berkunjung, apa yang saya tulis selepas ini adalah penting. Jika ada penyebab kami kembali ke restoran ini, ia disebabkan oleh pencuci mulut yang sangat enak terutama pulut mangga. Mula-mula cuma ambil satu saja tapi selepas rasa habis 4 piring ditambah.



Saya kurang pasti mangga apa yang diletak. Mungkin mangga siam gamaknya tapi rasanya memang kaw bila dicampur dengan santan (santan kot) dan pulut yang dimasak sempurna. Saya ada berura-ura untuk datang ke sini kembali semata-mata untuk mencuba kembali pulut mangga di samping lain-lain pencuci mulut yang disediakan. Errr... save bajet lagipun. Hahaha...



Sejumlah lain-lain pencuci mulut yang ada


Pulut Mangga (rekemended) (RM6)


Lupa dah nama dia apa


Ok! dari segi kebersihan saya memang akan berikan AAA kepada restoran ini sebab memang sekelumit sampah pun saya tak jumpa dan hiasan kedainya memang dititikberatkan. Mungkin kerana nak menjaga nilai eksklusif. Tapi kalau ada minus pun, atap bocor pulak masa saya datang dan terpaksa ditadah dengan baldi. Aisehhh...

Layanan juga amat memuaskan dan yang penting masa untuk menunggu sangat munasabah. Tak adalah air dah habis baru makanan nak sampai.

Untuk 9 orang makan kesemuanya berjumlah RM200++ bagi hidangan yang anda boleh nampak di atas. Untuk saya, memadai dengan suasana restoran, keenakan dan servis yang diberikan.

Jika mahu mencuba sendiri, Restoran Seafood Lala ini boleh dikunjungi di alamat berikut:

154, Jalan Raja Abdullah, 
Kampung Baru, 50300 
Kuala Lumpur,

Rojak Subang SS15 Subang Jaya, PJ State.

Minggu lepas saya ada urusan dengan KWSP di PJ. Usai sahaja urusan di KWSP, perut pun sudah lapar meminta-minta untuk diisi. Tapi pada hari tersebut tak rasa pula nak makan nasik. Maka dengan itu terlintaslah di kepala nak makan Rojak Subang.


Nama kedai ni sebenarnya diambil dari gerai asal terletak di SS15 Subang Jaya. Kalau rajin melayar internet boleh jumpa beberapa blog yang memberikan review gerai tersebut. Kalau berdasarkan gambar gerai asal, beratur panjang orang nak merasa rojak ni. Sila rujuk http://sixthseal.com/2012/09/the-famous-rojak-ss15-in-subang-jaya/. Tapi setakat saya datang ni, jumlah pelanggan di kedai ni agak boleh terima akal dan servis juga agak cepat. Kalau rasa malas nak beratur di gerai, lebih afdhal kalau makan di sini saja.

Rojak biasa tapi ada sotong kering kat dalam
Kami sebenarnya dihasut oleh abang saya untuk rasa rojak dan cendol ni. Katanya kalau ke PJ memang dia akan datang cari kedai ini. Rasa Cendol kedai ni secara peribadi lebih baik dari Cendol Bakar Sepang tapi ikut tekak masing-masing lah. Sebagai sepinggan rojak pula, rasa kuah rojak yang manis dan berkacangnya memang secukup rasa.

Cendol Jagung
Saya makan cendol jagung tanpa pulut. Di dalamnya ada gula melaka, santan dan kacang merah. Sedap, tidak terlalu manis dengan keseimbangan yang baik antara gula melaka dan santan. Kalau hari tengah panas memang nikmat sungguh le.

Cendol Jagung Aiskrim yang dimakan Orang Rumah
Kebersihan kedai ni tip top jadi tak ada kekhuatiran ada tikus terbang masa tengah menjamu selera. Lebih-lebih lagi serasa saya kedai tu macam baru diubahsuai. Parking juga mudah, belakang lot kedai ada lot parking bertetingkat yang besar. 

Cam gabra lak mamak tu lepas saya snap gambar dia. Hahaha...

Restoran Rojak SS15 Subang jaya terletak berdekatan dengan KFC PJ dan seperti saya katakan tadi di Parking Bertetingkat yang populer dengan Sunday Sale. Apa tu Sunday Sale??? Sunday sale adalah tempat jualan kereta terpakai yang diadakan pada hari Ahad di PJ. Kalau ada kereta nak jual, bawak aje di sini dan tawarkan harga. Errrr... Apa hal cerita bab kereta pulak ni?

Berbalik pada Restoran Rojak SS15 Subang Jaya, restoran ini boleh dilawati di alamat berikut:

Restoran Rojak SS15 Subang Jaya
Jalan 52/18, PJ State,
Selangor DE.

Mee Udang Ketam Sempoi Diraja Ipoh

Tempatnya bernama Mee Udang Ketam Sempoi Diraja. Nak post macam diraja tak boleh jadi post serupa sempoi sudah lah. Saya dibawa ke sini oleh Sr. Johar Bahar Abdullah, bos KAS Jurukur Bahan yang telah bermurah hati membelanja kami-kami.

Lupa nak ambik gambar signboard kedai

Menurut Sr. Johar, Kedai Mee Udang Ketam Sempoi Diraja ini adalah sangat tersohor di bandar Ipoh. Perjalanan dari pejabat Sr. Johar mengambil masa selama setengah jam lebih kurang untuk sampai ke sini.

Yang tengah-tengah tu tukang bawak dan tukang belanja.

Sebenarnya patut datang lagi sekali untuk betul-betul rasa menu-menu lain yang nampak macam best. Nama-nama menu pun pelik-pelik belaka. Saya memilih air Ombak Rindu (gambar tak ada huhuhu...) dan sudah tentunya Mee Udang Ketam. Memang padanlah femes sebab memang kelassss rasa dia.


Mee Udang Ketam

Saya merancang untuk datang kembali ke restoran ni untuk buat review yang senonoh sedikit berbanding yang ini. Rugi kalau tak datang lagi kerana menunya memang dasat-dasat namanya dan berdasarkan pengamatan daripada blog-blog lain, memang berbaloi kembali. 

Kalau lalu-lalu di bandar Ipoh boleh singgah makan di sini. Alamat kedai ini adalah seperti berikut:

Mee Udang dan Ketam Sempoiii
No. 51, Lorong Sg. Choh 10,
Tanjung Rambutan,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

laman web: meeudangketamsempoidiraja.blogspot.com

Restoran Mohd Adam Ali

Shoplot asal 
Orang Puchong belum tentu lagi sampai ke sini. Saya sendiri dah lupa bagaimana saya sekeluarga boleh tersesat di sini tapi kira oklah sebab sesat membawa berkat. Restoran Mohd Adam Ali ini adalah gabungan nama tiga orang sahabat yang membuka restoran makanan cina muslim ini.

Tandatangan Ikram Dinzly di bawah nama restoran errrr... kalau nampak la.

Macam tak berapa terang pulak gambar atas ni. Kedai ni dah pernah masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan waktu Ikram Dinzly jadi pengacara rancangan tersebut. Di dinding kedai boleh nampaklah signature Ikran Dinzly besar gedabak tapi dah makin pudar di makan masa.

Orang rumah cukup suka Teh 3 Layer ni
Makanan di kedai ini agak ok, kira bolehlah kalau nak dibandingkan dengan restoran cina muslim yang lain yang sudah establish. Yang buat menarik, harganya tidak terlalu mahal kalau pun bukanlah murah juga. Boleh kata harga mampu milik untuk yang berpendapatan pertengahan.

Sup mixed vegie
Tak habis cerita lagi pasal sesat. Ketika sesat dan terjumpa kedai ini, ketika itu kedai ni cuma 1 lot tapi dek kerana bisnes kedai ni sangat baik sekarang ni sudah bertambah kepada dua lot. Kedai makan sebelah yang hidup segan mati pun segan tu akhirnya diambil alih oleh Restoran Mohd Adam Ali ni. Pecah partywall tengah terus besarkan kedai. Bagus juga sebab kedai ni sesak terutama pada waktu malam. Lepas ditambah satu lot lagi, bolehlah bernafas dengan aman sikit. Jenuh juga nak menampor pelayan sebab asyik terlanggar aje (ok, yang akhir tu saya tambah hahaha).

Sup Mixed Vegie
Dekat sini jangan cari Sharkfin Soup, memang tak ada. Kenapa tak ada? Saya pun tak pernah tanya. Tapi hidangan yang lain tu seperti saya katakan sebelum ini memang tak kalah dari segi persembahan dan rasa. Cuma adalah satu ketika, sotong goreng telur masin tu keras macam getah pemadam. Entah salah masak gamaknya.


Bercakap tentang sotong goreng telur masin, sotong goreng telur masin ni hidangan wajib kalau saya ke sini. Didatangkan dalam dua saiz hidangan iaitu kecil dan besar. Beza harga dalam 4 ke 5 ringgit sahaja. Tapi sayugia saya menasihatkan agar ambil saja hidangan yang besar saya cadangkan kerana tambah beberapa ringgit saja tapi dapat banyak. Makanlah sampai lebam. Hehehehe berbaloi-baloi..




Fried Assam Fish ni kami baru-baru saja cuba. Rasanya sedap, bolehlah jadi alternatif pada siakap stim atau masak tiga rasa yang kedai makanan melayu selalu jual. Dari segi persembahan memang bombastik la sebab siap ada api-api kuah menggelegak ala kedai tomyam siam pulak. Ishhh... Macam melebih-lebih pulak special efek penceritaan tu.

Nasi Putih Kam Heong Chicken
Yang saya suka makan, orang lain dalam keluarga tak berapa suka makan. Peberet saya kalau ke sini adalah Kam Heong chicken. Sambal pedas-pedas macam ni memang suka bebenor la. Yang bagusnya kalau tak nak order banyak kam heong ni, kita boleh order sekali dengan nasi. Dalam menu dipanggil nasi putih kam heong chicken (Bapak Panjang nama).





Kalau ada yang nak cuba rasa, alamat Restoran Adam Ali adalah di 74G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, Puchong, Selangor, Malaysia. Kalau sesat boleh telefon +603 80612955. Restoran ini beroperasi bermula 11.30 pagi hingga 10.30malam setiap hari Isnin hingga Sabtu. Restoran ini tutup pada hari Ahad.

Lain-lain maklumat restoran boleh didapati dari http://restoranmohdadamali.wordpress.com/.

Umai Cafe, Putrajaya

Hidangan yang terbaik pastinya hidangan yang mampu mengimbau kembali kenangan lampau. Umai Cafe misalnya adalah contoh terbaik sebuah emporium memori dengan pelbagai hidangan ala melayu yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Satu Bangunan ni Umai Cafe Punya errr Sewa Agaknya

Kalau berkelapangan di hari cuti saya memang gemar ke sini bersama anak dan isteri. Suasananya memang habis santai dan yang menariknya pemandangannya menghadap tasik putrajaya yang memang sangat romantis sehhh di masa petang-petang. Kalau duduk luar pun boleh, duduk di dalam pun OK kerana tempered glass keliling kampung membolehkan anda menikmati rupa tasik dari dalam aircond.

Kalau duduk di luar boleh layan tasik, matahari terbenam dan Masjid Besi

Makanan di sini sangat jarang menghampakan. Tukang masak yang ada memang handal kalau bab makanan melayu. Ada juga makanan western yang disediakan tapi setakat yang pernah saya pesan, tak sampai ke level yang diharapkan. Akan tetapi, kalau bab kuih muih dan masakan melayu seperti saya nyatakan tadi, memang umph!

Sebuah Nasi Goreng Ayam Kunyit Romantis Peberet awek saya

Saya bertembung dengan Cafe ini ketika rajin-rajin bergiat mengambil gambar landskap. Waktu tu saya sedang berusaha memotret Masjid Besi dari arah Monumen Alaf Baru alahhh.... yang ada roket gergasi di tengah Putrajaya tu. Disebabkan tiba awal, gambar kurang cun jadi sementara menunggu kami ke Cafe ini. Maka bermulalah perkenalan kami dengan masakan Cafe ini yang buatkan kami seminggu sekali mau pekena.

Kalau mai Umai memang kena try Pengat Pisang ni

Masa menunggu makanan agak boleh diterima akal cuma yang pelik sejak dulu adalah minuman selalu tiba lewat. Ntah kenapa agaknya tidaklah saya tahu. Ada beberapa kali pelayan perlu diingatkan yang minuman belum sampai. Bagaimanapun setakat ini saya belum perlu berlakon tercekik tulang untuk mendapatkan air, syukur. Layanan juga agak baik.


Layan Teh Tarik sambil layan perasaan

Akan tetapi, di sebalik bilangan meja yang banyak sampai ke luar Cafe, anda mungkin terpaksa menunggu sementara mendapat tempat sebab tempat ni memang menjadi kawasan serangan orang Putrajaya dan kawasan sekitar di hari cuti. Dapat pula sekeliling Cafe ini memang kawasan rekreasi di mana orang melepaskan lelah setelah menunggang basikal, bermain dengan anak-anak di padang kecil bersebelahan atau bawa anak naik bot yang perhentiannya cuma di hadapan Cafe.

Cekodok Pisang Peberet kami

Mesti ada yang bertanya "Kejadah jauh-jauh pergi nak makan kuih?"

Saya ingin memaklumkan bahawa kami sebenarnya ketagihkan cekodok pisang di Cafe ini yang memang Ngam Ho. Tak kedekut pisang langsung. Sambil menonton tasik menelan mentari yang terbenam di depan mata, mulut mengunyah cekodok habis satu lepas satu. Pehhh.... Besttt....

Roti Jalaku yang agak lewat tibanya

Harga makanan cafe ini pada saya adalah berpatutan. Harganya tidaklah seperti Restoran La Cucur di Suria KLCC dan boleh bawak sedara mara makan sekali tanpa perlu risau lepas makan kena basuh pinggan. Pilihan juga diberi, sebagai contoh Roti Jala yang saya makan itu berharga RM3, jika mahu tambah ayam dalam Kuah Kari kesemuanya RM6. Jadi tak perlu gado-gado.


Boleh naik bot dari sini pusing-pusing keliling tasik
tapi harga kurang pasti maklumlah inikan blog makan

Banyak sangat makan pada hari itu jadi saya tidak memesan Bubur Kacang Merah yang juga menjadi peberet saya. Saya kongsikan Foto terakhir yang betul-betul diambil dari meja saya makan. Matahari hampir melewati ufuknya menuju Maghrib. Tidak perlu risau mencari-cari Surau sementara menikmati hidangan kerana Masjid Besi cuma beberapa jarak saja dari meja kami.

Alamat: Umai Cafe, Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, 62520 Putrajaya
Waktu Operasi : 9 pagi - 11 malam, Setiap hari
Telefon : 013-606 7710(Encik Amir) atau 012-239 6118 (Shira)


View Larger Map

Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang

Ok! Saya mulakan blog Foodnografi ini dengan lokasi yang agak jauh dari Kuala Lumpur. Bagi nampak macam susah sikit nak pergi (Hahaha). Ramai orang suka makan Mee Udang dan ada bermacam tempat yang menjual mee udang dalam Malaysia ni. Saya rasa 1/3 dari mee udang yang dijual di Malaysia adalah terletak di daerah Port Weld atau sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang.

Kenapa saya kata begitu? Sebabnya..... di setiap lorong dan liku sesampainya anda di Kuala Sepetang, akan anda temui berpuluh-puluh signboard dan kedai yang menjual mee udang dan mee udang dan mee udang dan errrr... paham-paham lah.

Tapi usahlah anda tertipu dengan kebanyakan mee udang terbabit. Ada satu kedai yang menjual Mee Udang yang setakat ini belum ada yang celen. Jeng! jeng! Jeng! Saya bawakan untuk anda, MAK TEH MEE BANJIR UDANG!!!
Artis K-Pop yang turut hadir berposing di hadapan ruang masuk kedai

Bagi penggemar Mee Udang tapi tidak selalu ke Kuala Sepetang, yang femes dari segi anugerah bintang populer adalah Mee Udang Mak Jah. Kalau di KL, pantang kata ke Kuala Sepetang memang kerap yang bertanya "Dah pergi Mak Jah?". Jawabnya, saya dah pergi Mak Jah tapi itu cerita lainlah sebab kali ni saya nak bercerita tentang Mak Teh.

Sedap ni habaq hang!

Dari gambar Mee Udang tersebut, memang boleh tengok betapa mewahnya haiwan-haiwan yang terdapat di dalam mangkuk tersebut. Dalam hal rasa, tidak boleh dipertikaikan lagi bahwa setakat ini di Kuala Sepetang, inilah Mee Udang yang terbestest yang ada.

Semangkuk Mee Udang biasa berharga RM6.00 dan untuk Spesel harganya RM10.00 semangkuk. Kedengaran mahal? Kalau anda dah rasa, anda akan kata berbaloi harga tu. Buktinya ada antara kami yang makan lebih dari dua mangkuk, makcik tukang cuci pinggan tak perlu kerja penat-penat sebab setiap pinggan tu bersih dikerjakan.

Yang menjeling sambil kekenyangan tu Tour Guide kami

Dari segi layanan agak hampeh sebenarnya sebab yang ambil order tu macam dah kaya sangat agaknya jadi kami punya order ni agak acuh tak acuh diambilnya. Tapi untuk bersangka baik, katakan saja akak tu datang bulan pada hari itu. Masa yang diambil untuk hidangan sampai agak boleh diterima akal. Saya rasa setiap masakan tidak dibuat sekaligus untuk menjaga kualiti makanan yang dihidangkan.

Tapi masalah utama letaknya pada kebersihan. Kedai Mak Teh ni bukan ada sampah sarap tapi jet pejuang lalat agak banyak pada hari kejadian jadi markah Mak Teh ada sikit kurang di situ.

Walaubagaimana pun, jika anda mencari-cari tempat makan Mee Udang yang "humang ai! sedapnya", saya boleh jamin kedai ini memenuhi citarasa anda.

Alamat: Batu 19 1/2, Kampung Tebok, Jalan Kuala Sepetang, 34750 Matang, Perak.
GPS Coordinate: 4.8406947, 100.6488234 (Jangan follow Google punya coordinate, salah!)
Tel: 05-8582270