Umai Cafe, Putrajaya

Hidangan yang terbaik pastinya hidangan yang mampu mengimbau kembali kenangan lampau. Umai Cafe misalnya adalah contoh terbaik sebuah emporium memori dengan pelbagai hidangan ala melayu yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Satu Bangunan ni Umai Cafe Punya errr Sewa Agaknya

Kalau berkelapangan di hari cuti saya memang gemar ke sini bersama anak dan isteri. Suasananya memang habis santai dan yang menariknya pemandangannya menghadap tasik putrajaya yang memang sangat romantis sehhh di masa petang-petang. Kalau duduk luar pun boleh, duduk di dalam pun OK kerana tempered glass keliling kampung membolehkan anda menikmati rupa tasik dari dalam aircond.

Kalau duduk di luar boleh layan tasik, matahari terbenam dan Masjid Besi

Makanan di sini sangat jarang menghampakan. Tukang masak yang ada memang handal kalau bab makanan melayu. Ada juga makanan western yang disediakan tapi setakat yang pernah saya pesan, tak sampai ke level yang diharapkan. Akan tetapi, kalau bab kuih muih dan masakan melayu seperti saya nyatakan tadi, memang umph!

Sebuah Nasi Goreng Ayam Kunyit Romantis Peberet awek saya

Saya bertembung dengan Cafe ini ketika rajin-rajin bergiat mengambil gambar landskap. Waktu tu saya sedang berusaha memotret Masjid Besi dari arah Monumen Alaf Baru alahhh.... yang ada roket gergasi di tengah Putrajaya tu. Disebabkan tiba awal, gambar kurang cun jadi sementara menunggu kami ke Cafe ini. Maka bermulalah perkenalan kami dengan masakan Cafe ini yang buatkan kami seminggu sekali mau pekena.

Kalau mai Umai memang kena try Pengat Pisang ni

Masa menunggu makanan agak boleh diterima akal cuma yang pelik sejak dulu adalah minuman selalu tiba lewat. Ntah kenapa agaknya tidaklah saya tahu. Ada beberapa kali pelayan perlu diingatkan yang minuman belum sampai. Bagaimanapun setakat ini saya belum perlu berlakon tercekik tulang untuk mendapatkan air, syukur. Layanan juga agak baik.


Layan Teh Tarik sambil layan perasaan

Akan tetapi, di sebalik bilangan meja yang banyak sampai ke luar Cafe, anda mungkin terpaksa menunggu sementara mendapat tempat sebab tempat ni memang menjadi kawasan serangan orang Putrajaya dan kawasan sekitar di hari cuti. Dapat pula sekeliling Cafe ini memang kawasan rekreasi di mana orang melepaskan lelah setelah menunggang basikal, bermain dengan anak-anak di padang kecil bersebelahan atau bawa anak naik bot yang perhentiannya cuma di hadapan Cafe.

Cekodok Pisang Peberet kami

Mesti ada yang bertanya "Kejadah jauh-jauh pergi nak makan kuih?"

Saya ingin memaklumkan bahawa kami sebenarnya ketagihkan cekodok pisang di Cafe ini yang memang Ngam Ho. Tak kedekut pisang langsung. Sambil menonton tasik menelan mentari yang terbenam di depan mata, mulut mengunyah cekodok habis satu lepas satu. Pehhh.... Besttt....

Roti Jalaku yang agak lewat tibanya

Harga makanan cafe ini pada saya adalah berpatutan. Harganya tidaklah seperti Restoran La Cucur di Suria KLCC dan boleh bawak sedara mara makan sekali tanpa perlu risau lepas makan kena basuh pinggan. Pilihan juga diberi, sebagai contoh Roti Jala yang saya makan itu berharga RM3, jika mahu tambah ayam dalam Kuah Kari kesemuanya RM6. Jadi tak perlu gado-gado.


Boleh naik bot dari sini pusing-pusing keliling tasik
tapi harga kurang pasti maklumlah inikan blog makan

Banyak sangat makan pada hari itu jadi saya tidak memesan Bubur Kacang Merah yang juga menjadi peberet saya. Saya kongsikan Foto terakhir yang betul-betul diambil dari meja saya makan. Matahari hampir melewati ufuknya menuju Maghrib. Tidak perlu risau mencari-cari Surau sementara menikmati hidangan kerana Masjid Besi cuma beberapa jarak saja dari meja kami.

Alamat: Umai Cafe, Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, 62520 Putrajaya
Waktu Operasi : 9 pagi - 11 malam, Setiap hari
Telefon : 013-606 7710(Encik Amir) atau 012-239 6118 (Shira)


View Larger Map

Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang

Ok! Saya mulakan blog Foodnografi ini dengan lokasi yang agak jauh dari Kuala Lumpur. Bagi nampak macam susah sikit nak pergi (Hahaha). Ramai orang suka makan Mee Udang dan ada bermacam tempat yang menjual mee udang dalam Malaysia ni. Saya rasa 1/3 dari mee udang yang dijual di Malaysia adalah terletak di daerah Port Weld atau sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang.

Kenapa saya kata begitu? Sebabnya..... di setiap lorong dan liku sesampainya anda di Kuala Sepetang, akan anda temui berpuluh-puluh signboard dan kedai yang menjual mee udang dan mee udang dan mee udang dan errrr... paham-paham lah.

Tapi usahlah anda tertipu dengan kebanyakan mee udang terbabit. Ada satu kedai yang menjual Mee Udang yang setakat ini belum ada yang celen. Jeng! jeng! Jeng! Saya bawakan untuk anda, MAK TEH MEE BANJIR UDANG!!!
Artis K-Pop yang turut hadir berposing di hadapan ruang masuk kedai

Bagi penggemar Mee Udang tapi tidak selalu ke Kuala Sepetang, yang femes dari segi anugerah bintang populer adalah Mee Udang Mak Jah. Kalau di KL, pantang kata ke Kuala Sepetang memang kerap yang bertanya "Dah pergi Mak Jah?". Jawabnya, saya dah pergi Mak Jah tapi itu cerita lainlah sebab kali ni saya nak bercerita tentang Mak Teh.

Sedap ni habaq hang!

Dari gambar Mee Udang tersebut, memang boleh tengok betapa mewahnya haiwan-haiwan yang terdapat di dalam mangkuk tersebut. Dalam hal rasa, tidak boleh dipertikaikan lagi bahwa setakat ini di Kuala Sepetang, inilah Mee Udang yang terbestest yang ada.

Semangkuk Mee Udang biasa berharga RM6.00 dan untuk Spesel harganya RM10.00 semangkuk. Kedengaran mahal? Kalau anda dah rasa, anda akan kata berbaloi harga tu. Buktinya ada antara kami yang makan lebih dari dua mangkuk, makcik tukang cuci pinggan tak perlu kerja penat-penat sebab setiap pinggan tu bersih dikerjakan.

Yang menjeling sambil kekenyangan tu Tour Guide kami

Dari segi layanan agak hampeh sebenarnya sebab yang ambil order tu macam dah kaya sangat agaknya jadi kami punya order ni agak acuh tak acuh diambilnya. Tapi untuk bersangka baik, katakan saja akak tu datang bulan pada hari itu. Masa yang diambil untuk hidangan sampai agak boleh diterima akal. Saya rasa setiap masakan tidak dibuat sekaligus untuk menjaga kualiti makanan yang dihidangkan.

Tapi masalah utama letaknya pada kebersihan. Kedai Mak Teh ni bukan ada sampah sarap tapi jet pejuang lalat agak banyak pada hari kejadian jadi markah Mak Teh ada sikit kurang di situ.

Walaubagaimana pun, jika anda mencari-cari tempat makan Mee Udang yang "humang ai! sedapnya", saya boleh jamin kedai ini memenuhi citarasa anda.

Alamat: Batu 19 1/2, Kampung Tebok, Jalan Kuala Sepetang, 34750 Matang, Perak.
GPS Coordinate: 4.8406947, 100.6488234 (Jangan follow Google punya coordinate, salah!)
Tel: 05-8582270