Serabai Istimewa Taman Tun Sardon

Aku bertolak dari rumah Abang lepas Subuh tadi untuk makan di sini. Aku tengok di internet, tempat ni diberi review okeh vitdaily dan shatilla melvin.

Agak overrated pada aku review depa tu. Mungkin tak kena dengan selera aku agaknya so pada aku biasa2 aje. Kalau ditanya samada nak ulang datang, mmmm... maybe not.

By the way, service kurang mesra dan kurang senyum lah. Juga disebabkan tempat ni dekat dengan pasar, orang sangat ramai dan suasana agak bingit.

Kalau nak mai, just type di google map “Astaka Taman Tun Sardon”.

Signboard kedai



Nak bukak kedai makan, kena belajar senyum juga


Masa kami pergi dah pakai harga baru

Panjang betul orang beratur nak makan benda ni


Ni la Serabai


Apom Bakar (Gambar terbalik pulak)


Ni kuah untuk di makan dengan Serabai tu





D' Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner



Pintu Gerbang MMA Santai Corner

Kalau ke sini jangan datang awal. Dulu first time saya datang pun tersilap juga. Restoran ini atau lebih tepat lagi MMA Santai Corner ni cuma dibuka pada jam 5.30 petang. Kalau datang awal dapat tengok kerusi meja aje la. Dalam MMA Santai Corner ni banyak kedai-kedai makan.


Pandangan hadapan restoran D'Laila Mee Udang

Harga Makanan
Boleh pilih ikan sendiri kalau rajin

Mee Udang - RM14.00

Rasa kuah yang manis-manis pedas memang menambat selera. Bilangan udang yang diletakkan cukup mengenyangkan. Hidangan ini juga dirias dengan cukup cantik, mata dah makan dulu sebelum mulut bak kata orang.




Gulai Masak Lemak Telur Mayong - Harga Lupa

Selain dari mee udang yang sedap, turut kami turut mencuba gulai lemak telur mayong yang mabeles untuk dimakan bersama dengan nasi.

Mee Kupang - RM7.00

Sayangnya mee kupang tak berapa umph mungkin kerana saiz kupang agak kecil. Lagi pun saya kenyang kot.

Lupa nama air tapi rasanya memang menyelerakan
Masa menunggu memuaskan. Tak lama sangat hidangan disediakan. Cuma minuman kena beli di kedai lain jadi kena berjalan sikitlah. Kebersihan juga dikira ok. Cuma layanan dari pelayan kena ada woman's touch sikit. Pelayan lelaki merangkap tukang bantu kedai ni agak brutal sikit.

Anda boleh ke D'Laila Santai di alamat berikut:

D'Laila Mee Udang
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
5:00 petang - 12:00 malam

Phone No:
017-2253337


Keyword Google Map: MMA Santai Corner (keyword ni tuju ke belakang kedai, untuk lagi tepat guna GPS Coordinate.)

GPS Coordinate: 2.812888, 101.797178

Laksa Ikan Sekoq, Alor Setar

Kalau ikut Signboard pukul 7.30pm dah tutup tapi orang datang macam tak tutup2.

Dah agak frust dengan Zakaria Laksa Telum Kechai. Kami terus bergegas ke Laksa Ikan Sekoq pulak. Perjalanan mengambil masa setengah jam dari restoran tadi. Waktu kami sampai, restoran lagi sejam nak tutup tapi orang masih ramai. 

Kuah Pekat Likat pastu ada Ikan Sekoq

Ternyata apa yang diperkatakan orang ramai itu yang bener. Memang sedap laksa ikan sekoq ni. Tak jadi ban laksa orang kedah. Hahaha... Sebagaimana namanya, memang dalam laksa ni ada ikan sekor diletakkan bersama laksa. Kuah pekat hingga menjilat meja. 

Makan boleh tambah ni yang best dok ada

Yang spesel lagi, kalau makan tinggal kuah boleh tambah laksa lagi secara percuma. Harga semangkuk cuma RM4 sahaja. Lai chi kang yang kami order jugak sedap banget sih. Nampak special sebab ada buah peach di dalam. Air milo ais yang dihidangkan pekat tekat memikat selera. 

Lai Chi Kang Sedap (Sila Order Kalau Datang)

Tak rugi la mai kedai ni. Kedai bersih, harga cantik, servis terbaik dan cepat. Kami rekemen kalau hangpa nak pi Restoran Laksa Ikan Sekoq.

Nasib Nyanyah Tak Jilat Meja
Laksa Ikan Sekoq boleh didapati di alamat berikut:

62, Jalan Gangsa,
Taman Wira Mergong
05350 Alor Setar Kedah

GPS Location: Taip "Laksa Ikan Sekoq" di Google Map
GPS Coordinate: 6.140823, 100.363152

No phone: 019-253 5457

Zakaria Laksa Teluk Kechai

Kami sebenarnya dalam perjalanan ke Laksa ikan Sekoq. Tapi dalam tengah drive tu nampak kereta banyak berderet di tepi jalan. Rupanya kami dah dekat dengan Laksa Teluk Kechai yang Famous tu.

Hadapan Kedai
Tukar plan, kami terus u-turn dan singgah di Zakaria Laksa Teluk Kechai. Pelanggan memang ramai dan tempat duduk sudah hampir penuh. Kami bagaimanapun dapat berkongsi meja besar yang cuma diduduki empat orang masa kami sampai.

Orang yang ambik order boleh tahan sombong masa ambil order. Macam nak ajak bergaduh pun ye jugak. Tapi layankan aje lah.

Laksa Teluk Kechai yang pemes - RM3 semangkuk
Ok, ini pandangan peribadi pasal Laksa Teluk Kechai ni. Saya tak rasa lah laksa ni mabeles sangat. Rasanya biasa-biasa saja dan kalau merujuk pada kata-kata yang menobatkan laksa ni sebagai tersedap tu memang agak mengecewakan saya.

Kelebihan laksa ni pada sambal kelapa yang disertakan bersama ke dalam laksa. Namun tak adalah terasa sangat value added sambal kelapa tu. Kuah laksa pun boleh lah tapi mungkin selera saya lebih kepada laksa penang jadi saya kurang terpikat. Bukan tak sedap langsung tapi bukan selera tekak saya lah. Kuah macam cair, wife saya macam syak yang kuah mungkin dah nak habis dan pekedai tambah air untuk banyakkan kuah tapi entahlah.

Air Batu Campur

Lai Chi Kang

Chendol

ABC dan cendol pun biasa-biasa saja. Tapi saya boleh cadangkan sate yang dijual di sini. Rasanya sedap disertakan kuah kacang yang pekat. Saiz lah mungkin kecil sedikit dari sate kajang. But good to try.

Satay Sedap boleh rekemen - 60sen secucuk


Bab kebersihan; sampah ada di sana sini mungkin sebab hari ni banyak orang. Tapi meja yang ditinggalkan dikemas dengan pantas. 

Dari segi harga ada kelebihan, harga laksa dan lain-lain adalah murah di mana semangkuk laksa berharga rm3. Sate pun 60sen secucuk dan harga minuman pun standard. 

2 dari 5 bintang untuk kunjungan kali ini.

Alamat:
Zakaria Laksa Teluk Kechai
250, Jalan Kuala Kedah,
Kampung Klong Hoi
06600 Kuala Kedah,

GPS Name: Zakaria Laksa Teluk Kechai (Google Maps)
GPS Coordinate: 6.095206, 100.320114

Telefon: 04-762 1071

Restoran Teratak Bendang, Titi Gajah, Alor Setar

Pandangan Hadapan Kedai


Kami tiba di lokasi ini setelah sesat di tengah bandar alor setar. Restoran ni terletak dekat dengan Airport Alor Setar dan Hotel Tabung Haji. Rasa kalau jalan kaki pun sampai gamaknya. Restoran ni dapat banyak rating 5 bintang di fb, tu sebab kami mai. (Cakap kedah la pulak) 

Kiosk-kiosk lain juga banyak


Waktu kami datang ni cuti tahun baru cina jadi memang kelam kabut sikit operasi kedai. Ada beberapa kiosk yang kelihatan menjual benda-benda lain tapi cuma kiosk coconut shake dibuka. Bila kami tanya kedai coconut shake tu rupanya semua orang kedai pakat2 tolong tokey Shellout. Ramai benar customer musim2 cuti ni. 

Suasana Kedai


Seperti namanya, restoran ni memang terletak di tengah-tengah bendang. Tapi kalau hangpa nak tengok gambar bendang memang tak dapek la den nolong sebab kami pun datang dah malam. Namun angin memang kuat bertiup di sini, memang terasa la angin sawah menerjah ke wajah. Chewah! 

Coconut Shake - RM4.50


Btw, coconut shake ni memang mabeles lah. Tak rugi beli. Harga dah la murah, RM4.50 sahaja. 

Aiskrim Kelapa - RM3.50


Aiskrim RM3.50 sahaja untuk saiz yang besar. Dipersembahkan dalam tempurung kepala ehhh kelapa dengan perisa yang enak. 

Hasil laut tapi belum ada request nak makan mentah terus

Set yang kami ambil ni disertakan air oren free flow. Walaupun free flow tapi rasa air oren ni tak koman pulak. Sedap boleh tahan macam air oren kat rumah jiran di hari raya. Kedai sangat bersih dan dekorasi kedai juga boleh tahan. Ketika sampai kami disambut dengan alunan gitar instrumental lagu2 rock klasik sebagai background melayan halwa telinga. Tapi mp3 lah gamaknya, tak nampak pula sesapa petik gitaq. 

Menu-menu lain banyak juga


Errrr... tapi jangkamasa makanan utama sampai sungguh lambat. Ikut saya mudah sahaja kiraan lambat atau cepat ni. Kalau air sampai dah tinggal bekas makanan belum sampai tu kira lambat lah tu. Dalam hal ini, sejam baru makanan sampai. Yang lebih buat panas hati, meja sebelah sampai 10 minit saja dah dapat makanan lagi awal dari kami. 

Shellout yang mengecewakan - RM50

Ini sisi negatif yang serius mengenai hidangan shellout yang saya dapat untuk RM50 tadi. Bila hidangan datang, dalam tu cuma ada 2 kulit udang lipan tak ada isi, 3 kepala sotong tak ada badan, 3 biji lala, Ketam semua berbau tak berbasuh dan masih mentah, sayur aje banyak dengan setengah batang jagung. Sayang sebab kuah shelloutnya sedap. Buat penat tunggu sejam dan membazir bayar rm50. 

Ketam Mentah Daaa....


Masalah sudah diadukan pada FB restoran ini. Admin minta maaf sangat-sangat dan mahu pulangkan wang juga offer set yang baru. Tapi rancangan kami sekeluarga perlu diteruskan jadi terpaksalah saya tolak offer tersebut. Diharapkan pihak Restoran Teratak Bendang dapat memperbaiki lagi servis pada masa hadapan.

Sejuk Sikit Hati Kalau Komplen Dilayan Begini

Kedai Kopi Hai Peng, Chukai, Kemaman

Saya patut lebih kerap ke kedai kopi ini jika berada di Kuantan. Untuk saya, kedai ini menyediakan kopi yang paling menepati selera saya. Jika ikut selera saya, kopi di Kedai Kopi Hai Peng adalah kopi yang paling sedap seantero semenanjung ini. Saya mula mencari kedai kopi ini setelah Prof Madya Dr Zakaria menyebut tentang kedai kopi ini di dalam kelas.

Bangunan Lama Kedai Kopi Hai Peng di Kemaman

Kopi yang disediakan oleh kedai ini diproses sendiri menjadi serbuk kopi. Diletakkan pula dalam cawan ala-ala klasik, memang feeling kalau layan kopi di sini. Kalau tak cukup minum secawan di kedai, serbuk kopi boleh dibeli di kaunter dengan harga RM25 sepeket.

White Coffee - Saya tak rasa lagi
Kopi Hitam kegemaran saya
Selain dari kopi, keistimewaan kedai ini juga pada roti bakar yang dibakar menggunakan abu. Macamana rupa bakar pakai abu tu usah tanya sebab saya pun tak pernah tengok. Tapi lepas dihidangkan dengan inti kaya, memang tak cukup satu.


Roti Bakar 

Saya suka cara telur setengah masak dihidangkan. Memang klasik sungguh.

Bekas telur separuh masak
Lama pulak rasa tak makan telur separuh masak dalam piring

Kali ni datang, kami cuba nasi lemak dan nasi dagang juga. Puan Lily memang melambung-lambung dipujinya rasa nasi lemak dan nasi dagang tu. Jika selalu orang menyediakan sambal menggunakan ikan bilis, sambal di kedai ini menggunakan ikan sebagai isi sambal. Lain dari yang lain.

Nasi Lemak dan Nasi Dagang habis selesai

Kebersihan kedai ini tiptop tanpa sampah bagai. Tak ada pinggan cawan terpakai dibiarkan berlarutan di atas meja. Cuma ketika saya sampai kali ini, barangan antik tak ada pulak tak sebagaimana ketika kali pertama saya datang dulu. Kalau ada barang-barang klasik mungkin mood akan naik lebih sikit.
Patut dah tutup tapi orang ramai jugak lagi

Melihat dari nama kedai, mungkin ada ramai yang skeptikal untuk datang. Tapi Kedai Kopi Hai Peng Cuma menyediakan makanan halal dan pekerja-pekerja kedai ini kesemuanya beragama Islam. Cuma kalau ditanya pengesahan halal, mmmm.... tak nampak le pulak. Pelanggan yang hadir bagaimanapun kebanyakannya melayu.

Semua penat baru balik bercuti tapi kenyang 24 jam.
Kalau mahu berkunjung ke sini, masalah sikit jika taip terus Kedai Kopi Hai Peng menggunakan GPS. Papago, Google Maps dan Waze mengarahkan kami ke Kedai Kopi Hai Peng juga, tapi bukan kedai yang asal sebagaimana dalam gambar di atas. Saya kurang pasti samada kedai-kedai yang tertulis Kedai Kopi hai Peng tersebut ada kaitan atau tidak dengan kedai di Jalan Sulaimani ini. Saya akhirnya berjumpa kedai ini setelah membuat pencarian di Google.

Pada yang mahu berkunjung, Kedai Kopi Hai Peng terletak di:

3753, Jalan Sulaimani
Chukai
24000 Kemaman
Terengganu

No. Telefon : 09 - 859 7810

Emel : haipeng40s@yahoo.com

Waktu operasi : dari pukul 6:45 pagi hingga pukul 6:00 petang. (Tapi saya sampai jam 6.15pm pun sempat lagi)

Alemy Maggi Ketam Semerak, Cherang Ruku, Kelantan

(Waktu entri ini ditulis, saya masih lagi di Kelantan menikmati cuti-cuti Malaysia. Ahaks!)

Restoran Alemy Maggi Ketam punya signboard punya kedai

Alemy Maggi Ketam Semerak terletak di Cherang Ruku, Pasir Putih, Kelantan. Sekiranya kamu ada GPS, tak payah susah-susah cari daerah ni lepas tu melilau cari kedai atau penat lelah hafal GPS Coordinate restoran ni. Taip saja ‘Alemy Meggi Ketam Semerak’ di Papago, Google Maps atau Waze, InsyaAllah akan jumpa. Cuma ada sedikit kekeliruan di antara Papago dan lain-lain GPS kerana Papago menandakan kawasan ini di Daerah Bachok dan GPS lagi dua tu dinyatakan sebagai Pasir Putih. Tapi, pakai mana-mana pun sampai selagi GPS tu ada karan.

Akuarium Ketam menjanjikan ketam segar

Kami berkenalan dengan restoran ini di Google. Sebelum dari restoran ini, ada satu spot Maggi Ketam di Pauh Sembilan, Kelantan yang jadi tempat favourite kami layan Maggi Ketam. Tapi untuk kelainan sikit dan sementelah pula nampak banyak pulak selebriti pun singgah makan di sini jadi kami pun menukar haluan. Almaklumlah, di Malaya ini kalau bukan artis yang hendak diikut, siapa lagi?

Semua laporrrr...

Kembali ke cerita restoran. Restoran ini terdiri dari 3 shoplot yang bersebelahan. Bagus juga dia buat 3 shoplot kerna jikalau sekadar 1 shoplot dengan bilangan pelanggan yang seramai itu nescaya ada pelanggan yang tersiku pelanggan lain ketika memakan Maggi. Nescaya akan ada yang bertumbuk di kala itu. Sungguhpun bersaiz besar, kebersihan restoran ini boleh dipuji, toilet pun tak ada la geli geleman pelanggan nak masuk.

Mem kata boleh bagi 4 bintang... saya cakap tak... kalau nak letak 4 bintang buat entri sendiri, Hahaha....

Maggi Ketam yang dijanjikan juga mengikut piawaian tekak saya dan saya boleh faham kenapa ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati semangkuk Maggi Ketam Alemy ini. Ketam Nipah yang dimasak mempunyai cengkerang yang agak tebal tapi rapuh, jadi dengan pengepit ketam yang disediakan, isi ketam boleh dikeluarkan dengan mudah untuk dimakan. Teknik memasak barangkali yang menyebabkan isi ketam sangat juicy walaupun kalau tengok pada gambar kulit ketam tu nampak kering-kontang masa sampai ke meja. Selain ketam, ada dua ekor udang dan bebola kuning telur turut serta dalam mangkuk tu. Entah bagaimana agaknya, bebola kuning telur tanpa bahagian putih itu cuma ala-ala 3/4 masak di dalam, saya tertanya juga cara masaknya. Kuah maggi hmmmm... kalau ikut saya tidaklah menakjubkan sangat.

Lama tak pegang DSLR, entah hapa-hapa aku snap. Hahahaha,,,


Harga semangkuk Maggi Ketam dalam lingkungan RM20 sehingga ke RM50 mengikut saiz ketam. Mengikut pengalaman, harga ini adalah munasabah kerana semangkuk Maggi diletakkan 2 ekor ketam. Cuma dalam kes kami, ketam dah habis jadi kami hanya dapat seekor ketam semangkuk yang bersaiz sederhana. Kami datang berenam tapi sekadar habis RM70 kira berbaloi jugalah.

Ok, sekarang bahagian negatif pula. Masa menunggunya MasyaAllah lama bebenor. Dari masa kami menjejakkan kaki masuk ke kedai sehingga Maggi Ketam sampai adalah mengambil masa 1 jam 15 minit. Minuman yang dipesan sampai lebih kurang 20 minit sebelum Maggi Ketam sampai. Tiada menu lain selain Maggi Ketam yang ada dalam restoran tersebut jadi nak kunyah-kunyah benda lain sementara menunggu tu memang mintak maap la. Pelayan ada yang berbudi bahasa, ada juga yang kena belajar sekolah sivik balik. Sebab apa kena belajar balik tu malas nak cerita panjang lebar di sini, lagipun kecik punya hal, mungkin dia pun penat. Lagi satu, kami datang berenam tapi pengepitnya yang diberi cuma satu. Dengan yang demikian pengepit kena berkongsi, mungkin sebab pelanggan pun ramai waktu itu dan pengepitnya tak cukup. Jika boleh dipakai nasihat saya, tuanpunya restoran perlu perbaiki pengurusan masa dan mungkin perlu tambah bilangan pekerja barangkali agar lebih efisyen.

Soalannya adakah saya akan kembali ke kedai ini? Nak kata saya tak akan datang balik mungkin tidak kerana Maggi Ketamnya not bad juga cuma mungkin agak over-rated sikit. Saya lebih gemar Maggi Ketam di Pauh Sembilan yang pernah saya pergi dahulu (Entri tu tak ada dalam blog ni, tak payah cari). Yang pastinya, saya tak sanggup nak tunggu lebih dari sejam untuk makanan, terkecuali dalam kategori memang betul berbaloi. Harap maaf, Alemy Maggi Ketam Semerak tidak termasuk dalam kategori itu.

Akan tetapi kalau ada yang nak merasa keenakkan Alemy Magi Ketam Semerak, boleh ke alamat berikut:

Bangunan MDPP,
Jalan Pasir Puteh
Cherang Ruku,
Pasir Puteh Kelantan.

Telefon / SMS
019-9584657
012-9524657

Blog :
www.alemymeggiketam.blogspot.com

Waktu Operasi:
5pm – 2am