Rojak Subang SS15 Subang Jaya, PJ State.
Minggu lepas saya ada urusan dengan KWSP di PJ. Usai sahaja urusan di KWSP, perut pun sudah lapar meminta-minta untuk diisi. Tapi pada hari tersebut tak rasa pula nak makan nasik. Maka dengan itu terlintaslah di kepala nak makan Rojak Subang.
Nama kedai ni sebenarnya diambil dari gerai asal terletak di SS15 Subang Jaya. Kalau rajin melayar internet boleh jumpa beberapa blog yang memberikan review gerai tersebut. Kalau berdasarkan gambar gerai asal, beratur panjang orang nak merasa rojak ni. Sila rujuk http://sixthseal.com/2012/09/the-famous-rojak-ss15-in-subang-jaya/. Tapi setakat saya datang ni, jumlah pelanggan di kedai ni agak boleh terima akal dan servis juga agak cepat. Kalau rasa malas nak beratur di gerai, lebih afdhal kalau makan di sini saja.
![]() |
Rojak biasa tapi ada sotong kering kat dalam
|
Kami sebenarnya dihasut oleh abang saya untuk rasa rojak dan cendol ni. Katanya kalau ke PJ memang dia akan datang cari kedai ini. Rasa Cendol kedai ni secara peribadi lebih baik dari Cendol Bakar Sepang tapi ikut tekak masing-masing lah. Sebagai sepinggan rojak pula, rasa kuah rojak yang manis dan berkacangnya memang secukup rasa.
![]() |
| Cendol Jagung |
Saya makan cendol jagung tanpa pulut. Di dalamnya ada gula melaka, santan dan kacang merah. Sedap, tidak terlalu manis dengan keseimbangan yang baik antara gula melaka dan santan. Kalau hari tengah panas memang nikmat sungguh le.
![]() |
| Cendol Jagung Aiskrim yang dimakan Orang Rumah |
Kebersihan kedai ni tip top jadi tak ada kekhuatiran ada tikus terbang masa tengah menjamu selera. Lebih-lebih lagi serasa saya kedai tu macam baru diubahsuai. Parking juga mudah, belakang lot kedai ada lot parking bertetingkat yang besar.
![]() |
| Cam gabra lak mamak tu lepas saya snap gambar dia. Hahaha... |
Restoran Rojak SS15 Subang jaya terletak berdekatan dengan KFC PJ dan seperti saya katakan tadi di Parking Bertetingkat yang populer dengan Sunday Sale. Apa tu Sunday Sale??? Sunday sale adalah tempat jualan kereta terpakai yang diadakan pada hari Ahad di PJ. Kalau ada kereta nak jual, bawak aje di sini dan tawarkan harga. Errrr... Apa hal cerita bab kereta pulak ni?
Berbalik pada Restoran Rojak SS15 Subang Jaya, restoran ini boleh dilawati di alamat berikut:
Restoran Rojak SS15 Subang Jaya
Jalan 52/18, PJ State,
Selangor DE.





0 comments:
Post a Comment