Laksa Ikan Sekoq, Alor Setar

Kalau ikut Signboard pukul 7.30pm dah tutup tapi orang datang macam tak tutup2.

Dah agak frust dengan Zakaria Laksa Telum Kechai. Kami terus bergegas ke Laksa Ikan Sekoq pulak. Perjalanan mengambil masa setengah jam dari restoran tadi. Waktu kami sampai, restoran lagi sejam nak tutup tapi orang masih ramai. 

Kuah Pekat Likat pastu ada Ikan Sekoq

Ternyata apa yang diperkatakan orang ramai itu yang bener. Memang sedap laksa ikan sekoq ni. Tak jadi ban laksa orang kedah. Hahaha... Sebagaimana namanya, memang dalam laksa ni ada ikan sekor diletakkan bersama laksa. Kuah pekat hingga menjilat meja. 

Makan boleh tambah ni yang best dok ada

Yang spesel lagi, kalau makan tinggal kuah boleh tambah laksa lagi secara percuma. Harga semangkuk cuma RM4 sahaja. Lai chi kang yang kami order jugak sedap banget sih. Nampak special sebab ada buah peach di dalam. Air milo ais yang dihidangkan pekat tekat memikat selera. 

Lai Chi Kang Sedap (Sila Order Kalau Datang)

Tak rugi la mai kedai ni. Kedai bersih, harga cantik, servis terbaik dan cepat. Kami rekemen kalau hangpa nak pi Restoran Laksa Ikan Sekoq.

Nasib Nyanyah Tak Jilat Meja
Laksa Ikan Sekoq boleh didapati di alamat berikut:

62, Jalan Gangsa,
Taman Wira Mergong
05350 Alor Setar Kedah

GPS Location: Taip "Laksa Ikan Sekoq" di Google Map
GPS Coordinate: 6.140823, 100.363152

No phone: 019-253 5457

1 comments:

aPiEd said...

Sedap.. Alhmdlillah.. Tq ats info ni. Puas kami sekeluarga makan semalam. ^_^

p/s: kedai da berpindah ke sebelah dewan orang ramai. Xjauh pon drp lokasi kedai lama.

December 24, 2017 at 4:34 PM

Post a Comment