Umai Cafe, Putrajaya
Hidangan yang terbaik pastinya hidangan yang mampu mengimbau kembali kenangan lampau. Umai Cafe misalnya adalah contoh terbaik sebuah emporium memori dengan pelbagai hidangan ala melayu yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
![]() |
| Satu Bangunan ni Umai Cafe Punya errr Sewa Agaknya |
Kalau berkelapangan di hari cuti saya memang gemar ke sini bersama anak dan isteri. Suasananya memang habis santai dan yang menariknya pemandangannya menghadap tasik putrajaya yang memang sangat romantis sehhh di masa petang-petang. Kalau duduk luar pun boleh, duduk di dalam pun OK kerana tempered glass keliling kampung membolehkan anda menikmati rupa tasik dari dalam aircond.
![]() |
| Kalau duduk di luar boleh layan tasik, matahari terbenam dan Masjid Besi |
Makanan di sini sangat jarang menghampakan. Tukang masak yang ada memang handal kalau bab makanan melayu. Ada juga makanan western yang disediakan tapi setakat yang pernah saya pesan, tak sampai ke level yang diharapkan. Akan tetapi, kalau bab kuih muih dan masakan melayu seperti saya nyatakan tadi, memang umph!
![]() |
| Sebuah Nasi Goreng Ayam Kunyit Romantis Peberet awek saya |
Saya bertembung dengan Cafe ini ketika rajin-rajin bergiat mengambil gambar landskap. Waktu tu saya sedang berusaha memotret Masjid Besi dari arah Monumen Alaf Baru alahhh.... yang ada roket gergasi di tengah Putrajaya tu. Disebabkan tiba awal, gambar kurang cun jadi sementara menunggu kami ke Cafe ini. Maka bermulalah perkenalan kami dengan masakan Cafe ini yang buatkan kami seminggu sekali mau pekena.
![]() |
| Kalau mai Umai memang kena try Pengat Pisang ni |
Masa menunggu makanan agak boleh diterima akal cuma yang pelik sejak dulu adalah minuman selalu tiba lewat. Ntah kenapa agaknya tidaklah saya tahu. Ada beberapa kali pelayan perlu diingatkan yang minuman belum sampai. Bagaimanapun setakat ini saya belum perlu berlakon tercekik tulang untuk mendapatkan air, syukur. Layanan juga agak baik.
![]() |
| Layan Teh Tarik sambil layan perasaan |
Akan tetapi, di sebalik bilangan meja yang banyak sampai ke luar Cafe,
anda mungkin terpaksa menunggu sementara mendapat tempat sebab tempat ni
memang menjadi kawasan serangan orang Putrajaya dan kawasan sekitar di
hari cuti. Dapat pula sekeliling Cafe ini memang kawasan rekreasi di
mana orang melepaskan lelah setelah menunggang basikal, bermain dengan
anak-anak di padang kecil bersebelahan atau bawa anak naik bot yang
perhentiannya cuma di hadapan Cafe.
![]() |
| Cekodok Pisang Peberet kami |
Mesti ada yang bertanya "Kejadah jauh-jauh pergi nak makan kuih?"
Saya ingin memaklumkan bahawa kami sebenarnya ketagihkan cekodok pisang di Cafe ini yang memang Ngam Ho. Tak kedekut pisang langsung. Sambil menonton tasik menelan mentari yang terbenam di depan mata, mulut mengunyah cekodok habis satu lepas satu. Pehhh.... Besttt....
| Roti Jalaku yang agak lewat tibanya |
Harga makanan cafe ini pada saya adalah berpatutan. Harganya tidaklah seperti Restoran La Cucur di Suria KLCC dan boleh bawak sedara mara makan sekali tanpa perlu risau lepas makan kena basuh pinggan. Pilihan juga diberi, sebagai contoh Roti Jala yang saya makan itu berharga RM3, jika mahu tambah ayam dalam Kuah Kari kesemuanya RM6. Jadi tak perlu gado-gado.
![]() |
| Boleh naik bot dari sini pusing-pusing keliling tasik tapi harga kurang pasti maklumlah inikan blog makan |
Banyak sangat makan pada hari itu jadi saya tidak memesan Bubur Kacang Merah yang juga menjadi peberet saya. Saya kongsikan Foto terakhir yang betul-betul diambil dari meja saya makan. Matahari hampir melewati ufuknya menuju Maghrib. Tidak perlu risau mencari-cari Surau sementara menikmati hidangan kerana Masjid Besi cuma beberapa jarak saja dari meja kami.
Alamat: Umai Cafe, Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, 62520 Putrajaya
Waktu Operasi : 9 pagi - 11 malam, Setiap hari
Telefon : 013-606 7710(Encik Amir) atau 012-239 6118 (Shira)
Alamat: Umai Cafe, Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, 62520 Putrajaya
Waktu Operasi : 9 pagi - 11 malam, Setiap hari
Telefon : 013-606 7710(Encik Amir) atau 012-239 6118 (Shira)
View Larger Map







0 comments:
Post a Comment