Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang

Ok! Saya mulakan blog Foodnografi ini dengan lokasi yang agak jauh dari Kuala Lumpur. Bagi nampak macam susah sikit nak pergi (Hahaha). Ramai orang suka makan Mee Udang dan ada bermacam tempat yang menjual mee udang dalam Malaysia ni. Saya rasa 1/3 dari mee udang yang dijual di Malaysia adalah terletak di daerah Port Weld atau sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang.

Kenapa saya kata begitu? Sebabnya..... di setiap lorong dan liku sesampainya anda di Kuala Sepetang, akan anda temui berpuluh-puluh signboard dan kedai yang menjual mee udang dan mee udang dan mee udang dan errrr... paham-paham lah.

Tapi usahlah anda tertipu dengan kebanyakan mee udang terbabit. Ada satu kedai yang menjual Mee Udang yang setakat ini belum ada yang celen. Jeng! jeng! Jeng! Saya bawakan untuk anda, MAK TEH MEE BANJIR UDANG!!!
Artis K-Pop yang turut hadir berposing di hadapan ruang masuk kedai

Bagi penggemar Mee Udang tapi tidak selalu ke Kuala Sepetang, yang femes dari segi anugerah bintang populer adalah Mee Udang Mak Jah. Kalau di KL, pantang kata ke Kuala Sepetang memang kerap yang bertanya "Dah pergi Mak Jah?". Jawabnya, saya dah pergi Mak Jah tapi itu cerita lainlah sebab kali ni saya nak bercerita tentang Mak Teh.

Sedap ni habaq hang!

Dari gambar Mee Udang tersebut, memang boleh tengok betapa mewahnya haiwan-haiwan yang terdapat di dalam mangkuk tersebut. Dalam hal rasa, tidak boleh dipertikaikan lagi bahwa setakat ini di Kuala Sepetang, inilah Mee Udang yang terbestest yang ada.

Semangkuk Mee Udang biasa berharga RM6.00 dan untuk Spesel harganya RM10.00 semangkuk. Kedengaran mahal? Kalau anda dah rasa, anda akan kata berbaloi harga tu. Buktinya ada antara kami yang makan lebih dari dua mangkuk, makcik tukang cuci pinggan tak perlu kerja penat-penat sebab setiap pinggan tu bersih dikerjakan.

Yang menjeling sambil kekenyangan tu Tour Guide kami

Dari segi layanan agak hampeh sebenarnya sebab yang ambil order tu macam dah kaya sangat agaknya jadi kami punya order ni agak acuh tak acuh diambilnya. Tapi untuk bersangka baik, katakan saja akak tu datang bulan pada hari itu. Masa yang diambil untuk hidangan sampai agak boleh diterima akal. Saya rasa setiap masakan tidak dibuat sekaligus untuk menjaga kualiti makanan yang dihidangkan.

Tapi masalah utama letaknya pada kebersihan. Kedai Mak Teh ni bukan ada sampah sarap tapi jet pejuang lalat agak banyak pada hari kejadian jadi markah Mak Teh ada sikit kurang di situ.

Walaubagaimana pun, jika anda mencari-cari tempat makan Mee Udang yang "humang ai! sedapnya", saya boleh jamin kedai ini memenuhi citarasa anda.

Alamat: Batu 19 1/2, Kampung Tebok, Jalan Kuala Sepetang, 34750 Matang, Perak.
GPS Coordinate: 4.8406947, 100.6488234 (Jangan follow Google punya coordinate, salah!)
Tel: 05-8582270

7 comments:

Marziana Lin said...

Wahhh rajin nye ber blogging.. selamat maju jaya:')

February 3, 2014 at 7:19 AM
Matrix01 said...

Tengah semangat ni. Hiak!!!

February 3, 2014 at 8:15 AM
Matrix01 said...

Tengah semangat ni. Hiak!!!

February 3, 2014 at 8:15 AM
Noor Asma said...
This comment has been removed by the author.
February 3, 2014 at 6:40 PM
Noor Asma said...

Syabas Mazuan..
Lps ni boleh refer kat blog u lah kalau nak jln2 cari mkn.... :)

February 3, 2014 at 6:47 PM
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
July 9, 2016 at 12:04 AM
Amer Badrul said...

6 ringgit? murah tu .. tmpt lain 16 ringgit pun ada .. tp terbaek la en .. tp nnty nak cuba try mak teh pulak cemana .. boek ke cemana

August 6, 2017 at 8:26 AM

Post a Comment